Tugasan pertama yang saya lakukan ialah membuat surat kiriman rasmi menggunakan kaedah mail merge.
Ini adalah contohnya :
Ini adalah contohnya :
No.
70, Lorong A13,
Taman
Maju Jaya,
20100
Selayang ,
Selangor.
Muhammad Adni
Bin Aziz
1/1 Taman Lendu Bakti
Bandar Manjalara
20100 Selayang,
Selangor 11 Mac 2016
Tuan,
ADUAN TENTANG MASALAH
PENGUTIPAN SAMPAH SARAP DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN SEKITAR SELANGOR.
Merujuk
perkara di atas, saya selaku setiausaha mewakili penduduk di taman perumahan
sekitar Taman Maju Jaya dan kawasan Selangor ingin membuat aduan tentang
masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut. Sampah - sarap yang dipungut
di kawasan perumahan ini kebiasaannya mengikut jadual, namun sampah - sarap ini
sering tidak dipungut beberapa hari sejak setahun yang lalu.
2.
Salah satu masalah yang penduduk taman ini
hadapi ialah masalah pencemaran bau. Masalah ini memberi impak kepada aktiviti
harian penduduk. Aktiviti riadah terpaksa tidak dijalankan kerana terganggu
dengan masalah bau. Keselesaan di rumah juga terjejas seperti ketika
menyediakan hidangan dan ketika makan. Secara keseluruhannya, masalah bau ini
sangat memberi kesan kepada penduduk jika tidak ditangani segera.
3.
Sehubungan dengan itu, sampah-sarap yang
sering tidak dipungut akan mengundang pelbagai penyakit di taman perumahan ini.
Haiwan seperti tikus dan lalat membawa masalah kepada para penduduk di taman
perumahan ini. Penduduk sering risau mengenai perkara ini kerana boleh
mengundang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit kencing tikus yang boleh
membawa maut dan keracunan makanan.
4.
Saya berharap pihak tuan dapat memberikan
kerjasama dan membuat pemantauan di kawasan taman perumahan ini. Kami juga
berharap agar masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut ini boleh
diuruskan oleh pihak tuan dengan segera.
Kerjasama
dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu-alukan dan diucapkan terima
kasih.
Yang
benar,
Nurulini binti
sujak
Nurul
Aini binti Sujak
Wakil
Penduduk Perumahan Taman Maju Jaya
Selangor
Darul Ehsan
Ini ialah alamat database / microsoft acess yang menggunakan kaedah mail merge :
Tugasan kedua yang saya lakukan ialah membuat sijil penghargaan dan penyertaan sekolah dengan kaedah mail merge.
klik link di bawah :
https://drive.google.com/file/d/0B2uuI8YAuL3-aDQ4N3NzUHo2S2c/view?usp=sharing
klik link di bawah :
https://drive.google.com/file/d/0B2uuI8YAuL3-aDQ4N3NzUHo2S2c/view?usp=sharing
Ini ialah alamat database / microsoft acess yang menggunakan kaedah mail merge :




No comments:
Post a Comment