Monday, 25 April 2016

Windows Movie maker & Audacity

Windows Movie Maker atau disingkat WMM adalah sebuah program editing video yang sederhana, didesign untuk pemilik PC dengan sedikit pengalaman untuk membuat video rumahan.
Tugasan pada minggu ini ialah menggunakan aplikasi movie maker dalam menghasilkan sebuah iklan.
Audacity ialah aplikasi pemberi efek suara yang terbaik yang pernah ada di dunia sumber terbuka (open source).

*Penggunaan aplikasi movie maker + audacity ( suara latar )
Semoga terhibur :)




Monday, 18 April 2016

Penyuntingan Gambar GIMP

GIMP adalah alat pengolah gambar multi-platform. Ia adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program. Ia sesuai untuk berbagai pekerjaan pengolahan gambar, termasuk perbaikan foto, penggabungan dan pembuatan gambar. Ia memiliki berbagai kemampuan dan dapat digunakan untuk program paint sederhana, program pembaikan foto berkualiti tinggi, sistem pemprosesan batch online, render gambar, konverter format gambar dan lain-lain.

Tugasan di bawah berikut menggunakan aplikasi GIMP dalam menyunting muka depan majalah 

                                                           
Muka depan majalah


Perisian Presantasi "Microsoft Power Point"

Perisian Presantasi "Microsoft Power point" adalah digunakan untuk merancang dan merepersentasikan suatu animasi dalam bentuk slide.

Tugasan yang menggunakan aplikasi Microsoft Power point adalah mengenai Pulau-pulau Pelancongan di Malaysia dan Diri saya.





Pulau-pulau Pelancongan di Malaysia


 

Diri saya


Perisian Pengolah Angka / "Microsoft office excel"



Microsoft Office Excel adalah aplikasi pengolah angka yang membantu pengguna untuk menghitung angka-angka dengan cepat untuk menyelesaikan perkiraan.

Tugasan pertama yang menggunakan Microsoft Office Excel ialah membuat data Rekod Markah Tahunan Matematik Tahun 4 Bijak &
 merekod data Aktiviti Rakan Pembaca Sk Pandan Jaya
Kaedah yang mudah digunakan di sini ialah countif dan vlookup.
Contoh adalah seperti dibawah ini.


klik pautan link dibawah :
https://drive.google.com/file/d/0B2uuI8YAuL3-clNoVmwzem1rcWM/view?usp=sharing

https://drive.google.com/file/d/0B2uuI8YAuL3-OUVMZ3hYbmhEV2s/view?usp=sharing

https://drive.google.com/file/d/0B2uuI8YAuL3-UWF0LTF5Y0FKU3M/view?usp=sharing

 Kaedah vlookup

 Kaedah countif

Aktiviti Rakan Pembaca Sk Pandan Jaya




Graf berdasarkan a
ktiviti Rakan Pembaca Sk Pandan Jaya

Sunday, 17 April 2016

Perisian Pemprosesan Perkataan / " Microsoft Word "

Perisian Pemprosesan Perkataan/" Microsoft Word " adalah sebuah program aplikasi pengolah data berupa huruf/kata yang biasa digunakan untuk membuat laporan, membuat dokumen dan lain lain.

Tugasan pertama yang saya lakukan ialah  membuat surat kiriman rasmi menggunakan kaedah mail merge.
Ini adalah contohnya :



No. 70, Lorong A13,
Taman Maju Jaya,
20100 Selayang ,
Selangor.


 Muhammad Adni  Bin Aziz
1/1 Taman Lendu Bakti
Bandar Manjalara
20100 Selayang, 
Selangor                                                                                             11 Mac 2016                                                                                                 


Tuan,
ADUAN TENTANG MASALAH PENGUTIPAN SAMPAH SARAP DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN SEKITAR SELANGOR.

Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha mewakili penduduk di taman perumahan sekitar Taman Maju Jaya dan kawasan Selangor ingin membuat aduan tentang masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut. Sampah - sarap yang dipungut di kawasan perumahan ini kebiasaannya mengikut jadual, namun sampah - sarap ini sering tidak dipungut beberapa hari sejak setahun yang lalu.

2.                  Salah satu masalah yang penduduk taman ini hadapi ialah masalah pencemaran bau. Masalah ini memberi impak kepada aktiviti harian penduduk. Aktiviti riadah terpaksa tidak dijalankan kerana terganggu dengan masalah bau. Keselesaan di rumah juga terjejas seperti ketika menyediakan hidangan dan ketika makan. Secara keseluruhannya, masalah bau ini sangat memberi kesan kepada penduduk jika tidak ditangani segera.

3.                  Sehubungan dengan itu, sampah-sarap yang sering tidak dipungut akan mengundang pelbagai penyakit di taman perumahan ini. Haiwan seperti tikus dan lalat membawa masalah kepada para penduduk di taman perumahan ini. Penduduk sering risau mengenai perkara ini kerana boleh mengundang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut dan keracunan makanan.

4.                  Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membuat pemantauan di kawasan taman perumahan ini. Kami juga berharap agar masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut ini boleh diuruskan oleh pihak tuan dengan segera.

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Yang benar,
Nurulini binti sujak         
Nurul Aini binti Sujak
Wakil Penduduk Perumahan Taman Maju Jaya
Selangor Darul Ehsan
Ini ialah alamat database / microsoft acess yang menggunakan kaedah mail merge :



Salam Muqadimah

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam Perak aman jaya. Nama diberi Nurul Aini binti Sujak , dan sedang menuntut di sebuah universiti awam ( Universiti Pendidikan Sultan Idris - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian ). Blog ini di tulis berkaitan dengan subjek MTE3012 iaitu berkaitan dengan program teknologi maklumat.Tujuan blog ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan dan fokus terhadap kompetansi dari aspek, etika dan keselamatan komputer, aplikasi automasi pejabat, internet dan pengurusan maklumat . Semoga dapat memberi rujukan dan selamat menikmati blog ini. salam perkenalan semua, Terima kasih :)